Sunday, April 8, 2012

~ Aaron Aziz - Bintang Paling Popular 2011 ~


Hero filem Ombak Rindu, Aaron Aziz menepati ramalan apabila mencipta sejarah muncul pelakon lelaki keempat dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular apabila mengungguli hadiah tertinggi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011.

Aaron, 36, yang meraih sebanyak 87669 undian memenangi gelaran itu selepas mengetepikan saingan empat artis lain yang mendapat undi tertinggi, iaitu Fizz Fairuz, Tasha Shila, Shaheizy Sam dan Fasha Sandha. Sekaligus anak kelahiran Pasir Ris Singapura ni turut memenangi hadiah keseluruhan bernilai iaitu sebuah kereta Nissan Teana 2.5 berharga RM175,000, sebuah sumbangan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd dan set barangan kemas Rafflesia bernilai RM250,000, hadiah iringan dan trofi. Aaron juga memenangi kategori Pelakon Filem Lelaki Popular.

Penangan filem arahan Osman Ali, Ombak Rindu, Maya Karin turut mencipta kemenangan dalam kategori Pelakon Filem Wanita Popular.

Sementara Hafiz juga menepati ramalan apabila menggondol gelaran Penyanyi Lelaki Popular. Penyanyi yang popular dengan lagu Terukir di Bintang, Yuna mengungguli kategori Penyanyi Wanita Popular.

Kategori Artis Berkumpulan/Duo Popular dimenangi gandingan 3 SUARA iaitu Jaclyn Victor, Ning Baizura dan Shila Amzah.

Pelakon TV Lelaki Popular dan Pelakon TV Wanita Popular, masing-masing dimenangi Fizz Fairuz dan Fasha Sandha. Ia merupakan kemenangan kali pertama Fizz setelah 10 tahun dalam industri. Manakala kemenangan kali keenam aktres jelita yang akan berkahwin tidak lama lagi itu

Zizan berjaya memecahkan rekod yang selama ini disandang oleh Aznil Haji Nawawi iaitu dinobat Pengacara TV Lelaki Popular buat kali pertama. Fara Fauzana mengekalkan kemenangannya tahun lalu sebagai Pengacara TV Wanita Popular.

Bertemakan 'Larger Than Life', majlis malam kemuncak ABPBH 2011 belangsung di Arena of Stars berlangsung penuh gilang-gemilang dengan disaksi lebih 5,000 penonton. Acara selama lebih dua jam itu turut di siarkan secara live menerusi saluran TV3.

Berikut senarai penuh pemenang ABPBH'11 :

Penyanyi Lelaki Popular - HAFIZ

Penyanyi Wanita Popular - YUNA

Artis Duo / Berkumpulan Popular - 3 SUARA (Jaclyn Victor/Ning Baizura/Shila Amzah)

Artis Baru Lelaki Popular - JOHAN ARIFF AS'ARI

Artis Baru Wanita Popular - TASHA SHILA

Pelakon Filem Lelaki Popular - AARON AZIZ

Pelakon Filem Wanita Popular - MAYA KARIN

Pelakon TV Lelaki Popular - FIZZ FAIRUZ

Pelakon TV Wanita Popular - FASHA SANDHA

Artis Komedi Lelaki Popular - JOHAN

Artis Komedi Wanita Popular - DIDIE ALIAS

Pengacara TV Lelaki Popular - ZIZAN RAZAK

Pengacara TV Wanita Popular - FARA FAUZANA

Penyampai Radio Lelaki Popular - FAIZAL ISMAIL

Penyampai Radio Wanita Popular - FARA FAUZANA

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat - DATUK SHEILA MAJID

Anugerah Sri Perak - DATUK SITI NURHALIZA

No comments:

Post a Comment