Monday, March 28, 2011

~ 2 DIT berjaya mendapat tempat ketiga di UTeM Cup ~



Tempat ketiga / keempat
27 Mac 2011
8.15 pm
Stadium UTeM
BEKM vs 2 DIT


Sepakan penalti telah menyebabkan team 2 DIT tersingkir di semi-final UTeM Cup namun pada malam semalam, sepakan penalti juga yang telah meyaksikan kemenangan 2 DIT ke atas BEKM Utd.. 2 DIT menang sepakan penalti 6-4 setelah terikat 2-2..

Babak pertama mula dan BEKM Utd melancarkan serangan pertama apabila penyerang mereka merembat bola hantaran rakannya namun berjaya ditepis oleh penjaga gol 2 DIT, Hazmy Ibrahim(aku la tu.. hehehe).. Seterusnya pasukan 2 DIT mula melancarkan serangan melalui Nor Hashim namun tidak berjaya menepati sasaran... Seterusnya BEKM terus mengasak dan hampir mendahului apabila penyerang mereka merembat bola namun terkena palang gol dan tandukan rakan mereka berjaya ditampan penjaga gol 2 DIT dan terkena palang.. Namun akhirnya pada minit2 terakhir, 2 DIT berjaya memecah kebuntuan apabila Kamal Faiz melakukan larian solo yang hebat dan terus merembat deras bola tersebut menewaskan penjaga gol BEKM.



Babak kedua pula bermula... 2 DIT terus melancarkan serangan kerana mereka sedar BEKM akan terus mengasak utk gol penyamaan.. Akhirnya Saufi Siron berjaya menjaringkan gol kedua apabila dia merembat bola jarak jauh dan menewaskan penjaga gol BEKM.. Gol yang amat menarik bg pemain versatile 2 DIT itu.. Gol tersebut merupakan gol ketiga Saufi Siron dalam saingan UTeM Cup.
Namun, kegembiraan 2 DIT terhenti seketika apabila Hakimi tidak sengaja tertampan dengan tangan bola lantun dalam kotak penalti dan referee terus memberikan sepakan penalti kepada BEKM.. Penyerang mereka berjaya menyempurnakan penalti tersebut walaupun hampir diselamatkan oleh penjaga gol 2 DIT. Namun, penjaga gol 2 DIT mengalami kecederaan di pinggang namun berusaha meneruskan permainan. BEKM semakin rancak apabila mereka berjaya menyamakan kedudukan menerusi pemain mereka yang menanduk bola dan sukar utk diselamatkan oleh penjaga gol 2 DIT. Akhirnya referee meniup wisel penamat dan ini menandakan bahawa sekali lagi, sepakan penalti yang bakal menentukan pemenang perlawanan tersebut.



Semua pemain bersiap sedia utk menghadapi sepakan penalti tersebut. Saufi Siron, Hakimi, Muazzam, Kamal Faiz berjaya menyempurnakan sepakan penalti tersebut manakala pemain BEKM juga berjaya menyempurnakannya namun sepakan pemain ketiga mereka berjaya diselamatkan oleh penjaga gol 2 DIT. Zul Husni gagal memanfaatkan peluang apabila sepakan penaltinya tersasar jauh. Namun Hafiz Ramly berjaya menyempurnakan sepakan penalti berikut dengan tenang dan match point utk 2 DIT. Sepakan terakhir akan dilakukan oleh BEKM dan jika dia tidak dapat menjaringkan penalti tersebut, 2 DIT akan muncul sebagai pemenang.. Pemain BEKM itu adalah org yang sama yang menjaringkan gol dalam permainan td. Namun, 2 DIT akhirnya bergembira apabila penjaga gol, Hazmy Ibrahim berjaya membaca sepakan penalti itu dan terus menepis keluar bola tersebut. Pemain2 2 DIT bersorak riang kerana kekalahan mereka di semi final berjaya ditebus semula.

Syabas diucapkan kepada seluruh pemain serta coach Izzudin Isa serta Hasif Saidin dan juga penolong jurulatih pasukan, Zulhairi Mi Yusuf. Semua bermain berhak diberi pujian atas kesungguhan dan semangat berpasukan yang ditunjukkan..

Syabas 2 DIT... Well Done...!!!!!!!!

2 comments: